Berikut ialah Senarai Buku untuk Belajar Pelaburan Saham!

Berikut ialah Senarai Buku untuk Belajar Pelaburan Saham!

Berikut ialah Senarai Buku untuk Belajar Pelaburan Saham!

Berikut ialah Senarai Buku untuk Belajar Pelaburan Saham!

traderberjaya.com – “Semua buku melabur saham dalam English je, yang tulis dalam Bahasa Melayu takde ke?”

Banyak buku saham yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Cuba baca buku-buku berikut kalau anda jenis suka membaca. Ianya ditulis oleh remisier berlesen dan pakar-pakar dalam bidang pelaburan saham, jadi belajarlah daripada mereka yang berpengalaman dan telah terbukti berjaya.

Jangan takut untuk bermula!

Malaysia Melabur Saham

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Mudahnya Pelaburan Saham : 101 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

Setelah membaca buku ini, anda pasti tiada alasan lagi untuk tidak terlibat dengan pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Buku ini ditulis bagi menjawab 1001 alasan masyarakat kita untuk tidak teribat dalam pelaburan saham. Sebagai contoh kita sedia maklum masyarakat kita sering dimitoskan dengan pelbagai cerita dongeng yang mengatakan bahawa melabur saham hanya untuk orang kaya sahaja. Terlibat dengan saham ni rugi, susah dan sebagainya.

Oleh yang demikian, buku ini mengupas 101 sebab mengapa perlu melabur dalam pasaran saham. Pembaca pasti akan terbuka mata hati dan minda untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu berkaitan dengan saham.

Semoga apa yang cuba disampaikan dalam buku ini, memberi idea dan inspirasi untuk anda mula terlibat dalam pasaran saham.

Kenali Asas Candlestick

Pelajari teknik berdagang menggunakan candlestick untuk menganalisa pasaran (ilmu yang wajib untuk pedagang yang ingin memaksimakan keuntungan). Buku ini akan menjawab persoalan What to Buy? When to Buy? dan When to Sell?

Petua Pelabur Tersohor

Satu cara yang amat berkesan untuk belajar tentang pelaburan saham ialah dengan membaca dan mengkaji pelaburan para pelabur yang berjaya mencatatkan rekod pencapaian luar biasa. Mereka telah menjana pulangan yang lumayan untuk diri sendiri dan juga pelabur mereka.

Kesemua pelabur yang dipaparkan dalam buku ini merupakan pelabur jangka panjang berasaskan fundamental, iaitu berasaskan kekuatan perniagaan dan bukan pedagang jangka pendek yang menggunakan analisis teknikal.

Buku ini membolehkan pelabur kecil memanfaatkan kepakaran dan kebijaksanaan Warren Buffett, Ken Fisher, Peter Lynch, Benjamin Graham, Philip Fisher, John Templeton, Jim Rogers, John Neff, Walter Schloss dan John Bogle dalam membuat penilaian dan pemilihan saham.

Jutawan Saham: Panduan Pelaburan Saham # 1 dengan Menggunakan Dagangan Swing

Buku yang mudah dan ringkas ini akan membantu anda mempelajari cara untuk menjana wang daripada saham. Dengan pelbagai carta harga, senarai, contoh serta penjelasan yang mudah difahami, ia sesuai digunakan oleh sesiapa di pasaran, termasuk broker, penganalisa, pengurus dana, pelabur dan pedagang.

The Intelligent Investor

Benjamin Graham merupakan sifu kepada pelabur terkenal Warren Buffett. Beliau merupakan pengasas kepada prinsip Value Investing.

Bantu traderberjaya.com berkembang dengan berkongsi berita ini, kami berusaha untuk memaparkan berita atau maklumat terkini tentang Tradesia, Cara Mula Trading, Trade Forex Terbaik dan MataWang Kripto. Anda boleh cuba mendaftar untuk menyertai Tradesia Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *