Lihat 3 Cara Main Forex Malaysia!

Lihat 3 Cara Main Forex Malaysia!

Lihat 3 Cara Main Forex Malaysia!

 Lihat 3 Cara Main Forex Malaysia!

traderberjaya.com – Apakah cara bermain Forex Malaysia yang betul bagi orang yang baru sahaja ingin menceburi bidang ini? Jom kita lihat 3 cara bermain Forex Malaysia yang anda perlu tahu untuk berjaya.

Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang anda boleh ceburi supaya anda akhirnya memiliki kebebasan untuk berbelanja tanpa perlu membuat kira-kira. Antara pelaburan yang paling dikenali di serata dunia ialah Forex.

Namun, adakah semua orang akan memilih jalan pelaburan melalui forex? Jawapannya adalah tidak, kerana mereka tidak mahu mempelajari perkara yang baru. Kebanyakan orang hanya inginkan jalan yang mudah.

Sekiranya anda bukannya tergolong dalam kumpulan tersebut, tahniah! Anda boleh pergi jauh dan berjaya dalam dunia Forex asalkan anda mempunyai rasa ingin belajar perkara yang baru.

Langkah 1: Pilih Broker yang Baik

Cara bermain Forex Malaysia yang pertama ialah berkenaan dengan pemilihan broker. Broker berperanan untuk menjadi pihak atau platform yang menjadi orang tengah antara anda dan bursa Malaysia.

Apabila anda memilih broker yang bagus, maka anda boleh mengaut keuntungan yang lebih banyak berbanding broker yang lain. Namun, kenapakah ianya menjadi sedemikian? Ianya adalah kerana setiap broker mempunyai kadar komisen yang berbeza.

Sebagai contoh, broker A menawarkan pengambilan komisen sebanyak 1%, manakala broker B menawarkan 2% tetapi menggandakan nilai leverage yang boleh diambil oleh para trader. Syarat-syarat ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, jadi pilihlah broker yang bagus.

Selain itu, anda juga perlu ambil kira dari segi keselamatan platform broker tersebut. Anda juga perlu mencari broker yang memberikan khidmat pelanggan yang paling baik. Sekiranya anda mengalami masalah, maka khidmat pelanggan mereka dapat membantu anda dengan baik.

Langkah 2: Daftar Broker Pilihan dan Buka Akaun Demo

Pada kebiasaanya, kebanyakan broker akan menawarkan akaun demo kepada trader yang baru sahaja mendaftarkan diri mereka di dalam platform broker tersebut. Inilah peluang keemasan anda untuk meneroka platform mereka.

Selain itu, anda juga dapat melabur dalam akaun demo tersebut secara olok-olok. Namun, adakah ini membuahkan hasil? Jawapannya adalah ya. Memang anda tidak dapat mengaut semua keuntungan yang anda perolehi dalam akaun demo tersebut.

Namun begitu, apa yang anda akan perolehi adalah pengalaman. Kadang-kadang, anda akan mengalami kerugian dalam akaun demo tersebut berpunca daripada kesilapan anda meramal carta graf tersebut.

Situasi ini akan memberikan anda pengalaman supaya anda tidak akan mengulanginya apabila anda mula berlabur di dalam platform yang betul, secara tidak langsungnya dapat menyelamatkan modal anda daripada mengalami kerugian akibat pelaburan yang tidak betul.

Langkah 3: Mengenali Analisa Teknikal

Ini merupakan cara bermain Forex Malaysia yang paling penting dalam dunia pelaburan. Pelabur yang berpengalaman akan mempunyai ilmu untuk membaca graf forex. Oleh itu, anda perlu mempelajarinya dengan teliti supaya anda tahu masa yang sesuai untuk melakukan entry.

Selain itu, pengetahuan untuk tahu bila masa sesuai untuk menjualnya juga adalah penting. Berikut merupakan terma-terma yang anda perlu ambil tahu supaya anda dapat mengkaji carta harga:

1. Corak Carta

Ilmu yang paling asas yang anda perlu pelajari ialah mengetahui corak carta dalam Forex. Corak carta akan menjadi rujukan untuk anda melakukan entry. Terdapat tiga jenis corak carta iaitu pola pembalikan, pola kesinambungan, dan pola dua hala.

Corak penerusan merujuk kepada pergerakan harga yang melambangkan penerusan atau penerusan arah aliran, manakala corak pembalikan pula merujuk kepada pergerakan harga yang menunjukkan pembalikan arah aliran.

Akhir sekali, corak dua hala pula merujuk kepada pergerakan harga yang menandakan pembalikan arah aliran dalam kedua-dua arah.

2. Candlestick

Apa itu candlestick? Ia merujuk kepada cara berbentuk lilin yang diguna pakai oleh orang jepun seawal 1800 an. Fungsinya adalah untuk melihat potensi harga dalam pasaran.

Dengan penguasaan ilmu ini, anda boleh meramal sama ada nilai saham tersebut akan menaik atau menurun. Candlestick juga mempunyai pelbagai jenis yang anda perlu tahu, jadi pelajarinya dengan teliti.

3. Indikator

Indikator merujuk kepada alat yang kita boleh gunakan untuk memperolehi data daripada hasil pengiraan formula yang anda sudah kumpul. Tujuan pengumpulan data ini adalah untuk anda meramal arah pasaran yang akan datang.

Bantu traderberjaya.com berkembang dengan berkongsi berita ini, kami berusaha untuk memaparkan berita atau maklumat terkini tentang Tradesia, Cara Mula Trading, Trade Forex Terbaik dan MataWang Kripto. Anda boleh cuba mendaftar untuk menyertai Tradesia Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *